Pada bulan Ramadhan yg lepas, Team MyKhalish dan Lunatots ade berkerjasama, dimana kami akan shoot sessi outdoor raya utk mereka dan mereka akan review sbg advertorial dlm blog Sue Lunatots. So kami telah bersetuju utk menjalankan sesi tersebut di Masjid Shah Alam.
Sue juga ada menulis beberapa tips yg berguna kepada anda yg berminat utk melakukan aktiviti fotografi.
Babies dan toddlers adalah antara objek yang sukar untuk dirakamkan berikutan sukarnya mendapatkan kerjasama mereka. Walaubagaimanapun, sedikit tips dari Mommy Luna & MyKhalish ini mungkin membantu anda merakamkan gambar yang unik dan memberi makna Antaranya:
1. Atur temujanji mengikut jadual selepas bangun tidur anak anda
Contohnya Iki & Dzakwan bangun pukul 7.30 am, suap makan, mandikan, susukan dan main sekejap. Dalam pukul 9.30am mereka akan tidur (biasanya Dzakwan seorang tidur) Jadi pukul 10.00 am ke 12.00 pm adalah waktu yang sesuai (selepas mereka bangun tidur) atau untuk waktu petang, aturkan sesi fotografi antara jam 4.00 pm ke 6.00 pm
2. Dapatkan jurufoto yang penyabar
Hihi..antara ciri utamanya ialah mereka pernah bergelar IBU BAPA. Jadi mereka akan faham dan lebih ‘cekap’ untuk merakam momen anda dengan anak anak anda. Eh, jurufoto yang bujang pun buleh juga asalkan mereka sukakan kanak kanak Sepanjang sesi fotografi yang dijanjikan (mungkin 1 jam atau lebih) Pasti ada yang lari mood, yang berlari lari, yang bertudung senget dan bermasam muka dan lega rasanya bila mengetahui jurufoto anda ialah seorang yang ‘memahami’
3. Lokasi, lokasi dan lokasi (yang sesuai dan selamat)
Sesuai bilamana keadaan sekeliling tidak terlalu crowded supaya anak bebas bereksplorasi dan selamat ialah bila keadaan yang boleh dikawal contohnya saya akan cuba mengelakkan kawasan berair seperti terlalu hampir dengan tasik (Kecuali jika anda bercadang untuk merakamkan momen didalam air seperti di swimming pool)
4. Pakaian terbaik
Pakaian tidak semestinya yang termahal atau membeli pakaian baru. Asalkan ianya kemas dan selesa untuk anda dan anak anak. Sesuaikan materialnya dengan lokasi Seperti baju berkain tebal untuk outdoor photoshoot…bayi/anak anda akan cepat rimas! Aksesori lain seperti stokin, kasut ataupun hairband juga penting Elakkan menukar baju beberapa kali untuk mengelakkan mood anak anda kelaut, ya kelaut…ekeke
5. Fungsi props tambahan
Bayi yang berusia dibawah 12 bulan hanya mempunyai 3 ekspresi iaitu sad/mad (crying or about to cry), normal dan gembira (senyum). Props seperti permainan mungkin membantu mendapatkan mood relaks, telah berpuas hati, terkejut mahupun ‘none of your business’ attitude. Dapatkan bakul yang ‘muat’ untuk mengisi bayi anda atau aksi bayi didalam buah tembikai yang besar bagaikan rahim untuknya, juga menarik!
6. Makanan anak
Pantun gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ada benarnya. Susukan sikecil biarpun semasa sesi photoshoot. Bawa makanan yang anda masak sendiri dan suapkan mereka biarpun semasa sesi photoshoot Ia akan menjadi momen terindah sepanjang membesarkan anak anak! Anak yang lapar akan menjadi cranky. Namun jangan sampai makanan tersebut mencomotkan baju untuk sesi photoshoot tersebut ya..hihi
7. Biarkannya natural
The best family photo are spontaneous! Andaikan ianya hanya outing anda sekeluarga dan tiada photographer Berbual, berjalan dan bergurau seperti biasa Pandangan dan cadangan photographer, anak yg sudah besar atau mungkin org yg sedang lalu lalang boleh diterima dengan hati terbuka 8. Berbincang dengan photographer Beritahu photographer expectation anda dan anda juga harus tahu expectation photographer anda. Pada kebiasaannya saya beritahu MyKhalish yang saya ini ‘kayu’ dan tak pandai bergambar MyKhalish akan bantu saya untuk mendapatkan shot shot yang cantik Terima kasih MyKhalish!
Tips : Aksi bermain dengan anak anak anda, berbual, mencium dan memeluk mereka amat cantik untuk diabadikan
9. Lihat semula gambar yang sudah diambil
Lihat gambar yang sudah diambil oleh photographer untuk menilai semula pose pose yang diambil Ekspresi gambar candid lebih cantik berbanding gambar pose Jika ada pose yang anda mahukan, request dari photographer sebelum berakhir sesi photoshoot anda Ianya sesi photoshoot seisi keluarga, lihat ekspresi kesemua ahli keluarga didalam gambar ya! (Bercakap pada diri sendiri sebab biasanya saya hanya melihat wajah sendiri…ekeke)
Segala tips diatas diambil dari sini http://www.diyaluna.com/diary/2010/10/03/mykhalish-marathon-photoraya/







1 comments:
tomei ny diog ni...
sib baik si akil (anak ku) ok tiap kali berphotoshoot
Post a Comment